welcome 1

Pages

Senin, 20 Januari 2014

Kenapa Cili Rasa Pedas?


  
Ramai yang berpendapat bahawa rasa pedas apabila memakan cili adalah kerana biji-biji cili. Tanggapan mengenai pemahaman ini sebenarnya adalah tidak tepat. Pada lewat tahun 1990an, saintis telah mengenalpasti bahawa rasa cili yang pedas sebenarnya berpunca oleh bahagian putih yang terdapat di sekeliling biji-biji cili ataupun juga dikenali sebagai plasenta. Terdapat bahan kimia di dalam plasenta cili iaitu kapsaisin (kap-sai-sin). Kapsaisin ini sebenarnya yang menyumbangkan rasa pedas atau rasa terbakar di dalam cili.
Deria rasa di dalam mulut manusia adalah sensitif terhadap rasa terbakar ini dan ia di hantar ke otak manusia melalui sisitem saraf dan diterjemahkan sebagai rasa pedas. Sedangkan rasa terbakar ini boleh juga dikenalpasti oleh deria yang lain pada manusia. Sekiranya kapsaisin dapat dikesan pada deria rangsangan yang lebih sensitif seperti pada bahagian mata, maka mata kita akan menerima kesan dari rasa terbakar oleh kapsaisin itu.


Kapsaisin bersifat hidrofobik ataupun dengan kata mudah 'fobia-air' . Dari segi etimologinya hidro bererti 'air' dan fobik bererti 'tidak suka'. Molekul kapsaisin tidak suka pada molekul air. Hal ini boleh dikaitkan dengan cara untuk menghilangkan rasa pedas. Dengan cara mengambil bergelas-gelas air minuman untuk menghilangkan pedas sebenarnya tidak akan memberi kesan apa-apa.
Jadi cara yang terbaik untuk menghilangkan rasa pedas adalah dengan pengambilan bahan lain selain air seperti susu kerana kapsaisin sedia untuk melarut di dalam makanan berunsur lemak.

Pada kebiasaannya, kita akan membuang biji-biji cili untuk meyediakan masakan di rumah kerana ia difahamkan ia tidak elok untuk sistem pencernaan manusia. Ia juga dikhuatiri akan menyebabkan rasa pedas kepada masakan yang disediakan. Setelah mengetahui sebab sebenar ini, maka kita juga akan membuang bahagian plasenta cili bagi mengelakkan rasa pedas dalam masakan.








Posted by Ayu
Learning Specialist, Petrosains



Tidak ada komentar:

Posting Komentar