welcome 1

Pages

Minggu, 19 Januari 2014

Mengupas Fakta Sains Disebalik Peribahasa Melayu 'Seperti Kaduk Naik Junjung'



Peribahasa melayu' seperti kaduk naik junjung' adalah satu peribahasa melayu yang telah dihasilkan oleh masyarakat melayu dahulu. Peribahasa ini merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya melayu. Terdapat dua mesej utama disebalik peribahasa ini. Pertama adalah maksud kepada peribahasa ini dan satu lagi kita mampu mengupas fakta sains yang terdapat di dalam peribahasa ini.

Maksud peribahasa 'seperti kaduk naik junjung' adalah sesuatu perkara yang hina setelah dimuliakan, menjadi lupa diri dan asal usul. tetapi, mengapakah ia dikaitkan dengan keadaan atau tabii semulajadi kaduk?

Menariknya, apabila kita cuba mengupas fakta sains yang berkaitan dengan peribahasa ini, ia mempunyai dua konsep utama. Pertama, peribahasa ini telah dihasilkan melalui proses 'pemerhatian'. 'Pemerhatian' merupakan satu komponen yang terkandung dalam Kemahiran Proses Sains yang digunapakai sewaktu kita menjalankan kajian secara saintifik terhadap sesuatu. Definasi kemahiran 'pemerhatian' ialah menggunakan deria untuk mengumpul maklumat tentang objek atau peristiwa. Masyarakat dahulu sebenarnya telah lama mengaplikasi kemahiran proses sains ini tanpa disedari walaupun kebanyakan mereka bukanlah bergelar seorang saintis.



Daun Kaduk
Kedua, konsep sains yang terkandung dalam peribahasa ini adalah mengenai kaduk itu sendiri. Kaduk adalah sejenis tumbuhan herba. Secara fizikalnya, pokok ini digelar kembar kepada pokok sireh. Ini adalah kerana rupa fizikalnya saling tak tumpah seperti pokok sireh. bezanya adalah pokok kaduk adalah tumbuhan melata manakala pokok sireh adalah tumbuhan memanjat. Kedua-dua tanaman ini mempunyai kepentingan masing-masing dalam tujuan perubatan.
Soalnya, mengapa kaduk naik junjung? Disebabkan tumbuhan ini tumbuh melata, ia akan tumbuh menutupi bumi. Tetapi apabila diletakkan kayu pacak tinggi yang dipanggil junjung disebelahnya, pokok ini akan memanjat sehingga terlupa keadaan semulajadi pokok itu yang tidak mempunyai sistem sokongan untuk memanjat. Apabila ia terus memanjat, tumbuhan ini terlupa sekiranya kayu junjung dipotong pada bila-bila masa sahaja, pokok ini juga akan musnah.

Daun sireh


Pokok sireh

Betapa menariknya apabila kita mengkaji sesuatu dan boleh mengaitkannya dengan ilmu sains. kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa sains adalah di mana-mana. Jadikanlah peribahasa ini sebagai taulan . Janganlah menjadi 'seperti kaduk naik junjung'.


Posted  by Ayu
Learning Specialist, Petrosains



 



Tidak ada komentar:

Posting Komentar